Bola Sepak Terkini

ZamSaham, impak pemain muda pencetus kebangkitan TRW


Gandingan perancangan dalam dan luar padang antara ZamSaham dan Yusri dilihat pencetus kebangkitan TRW.

SUBKHI SUDARJI

BERDEPAN isu pemotongan mata dan situasi pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang ketika itu umpama “dilanda Covid -19”, The Red Warriors (TRW) akhirnya bangkit meraih keputusan positif dari satu perlawanan ke perlawanan berikutnya untuk terus memberikan saingan dan menempatkan diri dalam slot Piala Malaysia.

Membenam UKM FC 5-1 pada perlawanan pertama selepas saingan bermula, rentak skuad bimbingan Yusri Che Lah bagaimanapun diragui apabila menerima kekalahan d0-3 di tangan Pulau Pinang pada aksi di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

Episod pengambilalihan pengurusan baharu ternyata menberi impak yang besar buat TRW terutamanya membabitkan isu tunggakan gaji barisan pemain dan kejurulatihan yang seterusnya memberikan sinar buat Kelantan.

Barisan pemain muda TRW yang mampu pergi jauh jika diberikan perhatian dan bimbingan sewajarnya.

Bermula kejayaan mengikat Selangor II ditempat lawan, Kelantan terus mendapat rentak dan Perak II menjadi mangsa kebangkitan Kelantan yang ketika itucditadbir urus pemilik baharu, Norizam Tukiman atau lebih dikenali ZamSaham.

Kecundang 0-2 di tangan Kuching FA sebelum meraih tiga mata menewaskan Sarawak United (1-0), berkongsi mata dengan Negeri Sembilan (2-2) dan aksi terakhir Liga Premier menentang JDT II malam tadi yang berkesudahan tiga mata berjaya dibawa pulang dari Larkin menoktahkan TRW dikedudukan keempat liga mengutip 15 mata hasil lima kemenangan, tiga seri dan kekalahan (selepas ditolak pemotongan tiga mata oleh FAM).

Kemenangan 1-0 ke atas JDT II pastinya manis buat TRW yang mengesahkan slot Piala Malaysia 2020 namun bagi Yusri secara jujurnya mengakui tugas berat menanti memandangan saingan berprestij ini disertai pasukan yang lebih berpengalaman.

“Bermula dengan satu mata selepas saingan bersambung selain, Kafa yang juga “dilanda” Covid -19 ketika itu, kami beraksi dengan serba kekurangan terutamanya persiapan pasukan apabila lewat lima minggu menjalani latihan berbanding pasukan lain.

“Cukup-cukup sukar dalam keadaan Malaysia dilanda Covid-19, dengan barisan pemain muda kami cuba melakukan yang terbaik buat semua peminat dan alhamdulillah rezeki Allah kami berjaya meraik keputusan positif untuk berada ditahap ketika ini.

“Secara jujur pentas Piala Malaysia bukanlah tugas mudah, seandainya kami diundi bersama pasukan yang lebih hebat dan berpengalaman, kami akan cuba bersaing dan melakukan apa yang termampu kerana kita tidak tahu rezeki setakat mana,” jelasnya pada media selepas perlawanan malam tadi.

Mengulas aksi anak didiknya malam tadi, Yusri melihat barisan pemainnya tidak beraksi sebagaimana yang diharapkan namun dalam bola sepak inilah yang berlaku.

“Syukur kemenangan yang kita capai, tidaklah memberangsangkan tapi kini barulah kami merasai kenikmatan suasana yang lebih baik dari sebelum ini. Aksi pemain tidak sebaik mana,  tapi inilah bola sepak beraksi tidak mengikuti perancangan namun kemenangan diraih.

“Kejayaan malam ini adalah sejarah buat pasukan , TRW dibarisi pemain muda dan saya mengharapkan pemain berpengalaman cepat sembuh dari kecederaan sebelum saingan Piala Malaysia bermula,” tegasnya.

Pada aksi malam tadi,  Kelantan mengejutkan JDT II dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Tan Sri Haasan Yunos menerusi jaringan tunggal Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-28 untuk melonjak ke tempat kelima dengan 18 mata.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d