Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Mampukah Ronaldo setanding Seedorf

CLARENCE Seedorf menjadi satu-satunya pemain yang boleh menjuarai pertandingan Liga Juara-Juara di tiga kelab berbeza.

Adakah Cristiano Ronaldo boleh menyamainya?

Ronaldo kini masih berusaha membawa Juventus juara Liga Juara-Juara. Dua musim memperkuatkan Bianconeri, Ronaldo belum mampu melakukannya, setelah hanya mampu memimpin kelab mara setakat suku akhir.

Musim lalu, Ronaldo tersingkir di babak Pusingan 16.

Ronaldo, sudah lima kali memenangi trofi Liga Juara-Juara dengan meraih sekali di Manchester United dan empat kali bersama Real Madrid.

Kini, Ronaldo berusaha keras membawa Juventus bergelar juara, sejak kali terakhir kelab Itali itu menjulangnya pada 1996.

Jika boleh, maka Ronaldo akan menyamai pencapaian Seedorf, sebagai pemain yang menjadi juara di tiga kelab berlainan. Seedorf sendiri pernah juara di Ajax Amsterdam, AC Milan, dan Real Madrid.

“Amat menggembirakan jika Cristiano Ronaldo boleh menyamai rekod saya.

“Saya akan selalu menjadi yang pertama, dan itu tidak akan berubah. Rekod ada di sana untuk disamai dan dipecahkan.

“Juventus pasti boleh menjadi pesaing di Liga Juara-Juara. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Cristiano masih mempertahankan motivasi dan penampilannya, jadi ya. Kenapa tidak?” ungkapnya kepada Mundo Deportivo.

Musim ini, Juventus diletakkan dengan Barcelona, Dynamo Kiev, dan Ferencravos dalam Kumpulan G. o

Persoalannya, mampukah Ronaldo menyamai rekod Seedorf tahun ini?

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: