Bola Sepak Semasa Terkini

Kenangan manis dalam karier bola sepak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

HAMPIR 14 tahun berkecimpung dalam liga bola sepak tempatan, Ketua Pasukan Pulau Pinang, Azmi Muslim menyifatkan kejayaan membantu  Harimau Kumbang bergelar juara Liga Premier 2020 adalah kenangan manis dalam kariernya.

Musim pertama bersama Harimau Kumbang, Azmi yang merupakan anak jati kelahiran Batu Lancang Jelutong Pulau Pinang boleh dianggap pemain berpengalaman dalam pasukan dan ternyata keputusannya bersama skuad bimbingan Manzoor Azwira adalah tepat.

“Niat saya awalnya pulang ke Pulau Pinang adalah untuk membantu pasukan dan letak sasaran ke Liga Super, namun jelas pasukan ini berada di landasan terbaik sejak awal dan alhamdulilah, kami mampu melakukannya.

“ Secara peribadi, saya akui ini antara kenangan paling manis dalam karier kerana saya pulang ke Pulau Pinang sebagai anak jati, dan saya membawa kejuaraan kepada Pulau Pinang.

“Malah, saya akan membawa Pulau Pinang ke Liga Super pada musim depan dan semua perkara ini akan kekal menjadi detik manis buat saya sebagai anak jati Pulau Pinang. Ini kenangan paling manis dalam karier saya sepanjang bergelar pemain,” ujarnya.

Memulakan kariernya bersama UPB-MyTeam pada 2007, Azmi yang berasal dari Batu Lanchang, Jelutong, pernah bermain dengan banyak pasukan ternama seperti Kedah,ATM, Johor Darul Ta’zim (JDT), Felda United, Selangor, PKNS, Melaka dan Kuala Lumpur sebelum ke Pulau Pinang, pada musim ini.

Menyentuh mengenai resipi pasukan, Azmi melihat kemampuan Manzoor dalam membentuk keserasian yang baik antara pemain senior dan muda serta dibantu beberapa tonggak import sebagai punca di sebalik kejayaan Pulau Pinang pada musim ini.

“ Manzoor ini ada kekuatan untuk membuatkan pemain senior mampu bergabung dengan pemain muda untuk beraksi sebagai satu pasukan pada sepanjang musim ini.

“ Malah saya dapat lihat pemain muda rata-ratanya agak bagus serta berkualiti dan nampak mereka betul-betul mahukan sesuatu untuk berikan kejayaan kepada Pulau Pinang, “ katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: