Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Thiago Alcantara bebas Covid-19

BERITA baik khusus buat peminat tegar juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa pemain barunya, Thiago Alcantara, dibenarkan keluar dari kuarantin setelah dipastikan bebas dari Covid-19.

Thiago terlepas empat perlawanan setelah kali terakhir dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menghadapi Chelsea.

Aksi berikut, kelibat Alcantara tidak kelihatan semasa Liverpool bertemu Lincoln City, dua pertandingan melawan Arsenal, dan kalah besar ketika berhadapan dengan Aston Villa.

Sumber Liverpool Echo melaporkan, sebenarnya, Thiago belum dijangkiti virus Corona dan dijangka akan tampil dalam kesebelasan utama berhadapan dengan Lincoln City. Sayangnya, dia mengalami kecederaan waktu itu.

Namun kini, dia telah bebas dari Covid-19 dan pulih dari cedera. Besar kemungkinan dirinya akan diturunkan menjelang pertemuan Merseyside melawan Everton hujung minggu depan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: