Antarabangsa motorsport

Rossi sertai Petronas Yamaha SRT

Rossi dan Franco melengkapkan barisan pelumba Petronas Yamaha SRT untuk musim depan.

PELUMBA berpengalaman, Valentino Rossi sah menyertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) bagi saingan MotoGP musim 2021.

Ternyata kehadiran pelumba lagenda yang sering menjadi perhatian dalam dan luar litar ini dialukan-alukan Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali.

“Pengalamannya akan menjadi aset terhebat buat pasukan dengan kita akan memasuki musim ketiga dalam saingan MotoGP. Sudah pasti banyak yang boleh kami pelajari daripada Rossi.

“Kombinasi antara Rossi dan Franco Morbidelli pasti akan menjadi gandingan yang mampu menggegar litar dan membantu kami untuk bersaing sebaik mungkin pada musim hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengumuman itu menyaksikan Rossi dan juga rakan senegaranya, Franco melengkapkan barisan pelumba Petronas Yamaha SRT untuk musim depan.

Sejak bersaing dalam kelas perdana bermula 2000, dia menjadi satu-satunya pelumba yang memenangi saingan 125cc, 250cc, 500cc dan kejuaraan MotoGP.

Dalam saingan kelas perdana, Rossi memenangi tujuh kejuaraan dunia, 89 perlumbaan, 199 podium, 55 petak pertama dan 76 catatan sepusingan terpantas.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: