Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Jesus rehat tiga minggu

Jesus rehat tiga minggu

PENYERANG Manchester City, Gabriel Jesus terpaksa diketepikan dalam aksi bola sepak untuk sekurang-kurangnya tiga minggu.

Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) mendedahkan bahawa pemain itu disisihkan dari skuad mereka yang akan datang untuk perlawanan menentang Bolivia dan Peru setelah mengalami kecederaan ketika membantu kelabnya, Manchester City meraih kemenangan Liga Perdana Inggeris pada Isnin lepas di Wolves.

Jesus, 23, bermain 90 minit penuh dan menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Seorang lagi penyerang City, Sergio Aguero pula dijangka akan berehat tujuh minggu lagi kerana kecederaan lutut.

“Kelab Inggeris telah menghubungi doktor pasukan kebangsaan Brazil, Rodrigo Lasmar, bagi melaporkan kecederaan atlet,” kata pasukan kebangsaan dalam satu kenyataan.

Brazil akan bermain bertemu Bolivia pada 9 Oktober dan Peru pada 13 Oktober.

Sementara itu, Manchester City akan melayan kunjungan Leicester City di Etihad, jam 11 malam esok.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: