HAJAT Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan sebagai juara Liga Super lebih awal terbantut apabila diikat 2-2 ketika menentang PJ City FC malam ini.
Bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, JDT hadir dengan misi besar iaitu mengutip tiga mata penuh ke atas PJ City malam ini.
Safawi Rasid membuka tirai jaringan pada minit ke-35 namun segera dipadamkan oleh Christe Jayaseelan dua minit berselang.
Dua penalti yang diperolehi kedua-dua pasukan pada penghujung babak pertama menjadikan permainan ini lebih menarik.
K Gurusamy mudah menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan minit 45, dan skuad selatan tanah air itu Gonzalo Cabrera juga mudah menolak masuk tendangan penalti pada masa kecederaan.
Bagaimanapun, kedudukan JDT dicatat liga sukar digugat apabila telah mengutip 23 mata ketika ini.
Manakala, pencabar terdekat, Perak berpesta jaringan membelasah Felda United 5-1 di Ipoh.
Empat gol dari Shahrel Fikri dan satu sumbangan Guilherme de Paula memastikan skuad The Bos Gaurus terus mengejar JDT dengan perbezaan enam mata.
Lain keputusan, Terengganu FC menumpaskan PDRM 4-0.
Add Comment