
LEICESTER City akan menghadapi Manchester City dalam perlawanan sukar di Etihad, malam ini.
The Foxes sedar lawannya itu begitu kuat, tapi tetap menaruh keyakinan untuk memburu tiga mata.
Bagi The Citizens, ini adalah aksi kedua setelah menang 3-1 di Wolverhampton Wanderers.
Leicester telah bermain dua perlawanan awal musim ini iaitu menewaskan West Bromwich Albion dan Burnley.
Untuk rekod, dari empat lawatan terakhir ke Etihad berakhir dengan kekalahan.
Kemenangan terakhir dilakar Leicester ke atas Manchester City berlaku pada Februari 2016.
“Tentu saja, saya selalu ingin pasukan menang dengan apa yang saya sebut idealisme dalam cara kami bekerja.
“Bagus untuk mendapatkan kemenangan. Kami sangat senang (dengan permulaan as musim). Musim ini masih panjang bagi kami, tahun lalu kami berakhir di tempat kelima,” kata Brendan Rodgers dalam laman rasmi kelab Leicester.
Jelas Rodgers, dia menilai skuad dimiliki Pep Guardiola itu mantap di segenap sudut.
“Manchester City selalu sukar untuk ditentang. Mereka memiliki pemain dan pengurusan berkelas dunia.
“Kombinasi itu selalu membuatkan mereka begitu kuat dan sukar untuk dijinakkan,” kata bekas pengurus Liverpool itu lagi.





Add Comment