Antarabangsa Bola Sepak

Lampard geram aksi benteng pertahanan



CHELSEA menunjukkan karakter dan daya juang tinggi untuk bangkit dari ketinggalan untuk seri 3-3 pada perlawanan di The Hawthorns.

Bagaimanapun, gaya permainan dipamerkan pemain Chelsea langsung tidak digemari Frank Lampard.

Gawang The Blues bolos dua kali menerusi jaringan gol Callum Robinson pada minit keempat dan ke-25, disusul gol dari Kyle Bartley di minit ke-27.

Untuk mengelakkan menelan kekalahan kali kedua berturut-turut, Chelsea segera mendapatkan gol melalui Mason Mount di minit ke-55, Callum Hudson-Odoi (70) dan Tammy Abraham (90).

Satu mata berjaya diselamatkan, tapi bagi Lampard mereka melepaskan dua mata yang disifatkan cukup bernilai.

Apa tidaknya, sebelum perlawanan dia sudah menekankan para pemain untuk mengurangkan kesalahan atas padang.

“Pada akhirnya dua mata yang hilang, dan ini bukannya bermaksud tidak menghormati West Brom. Untuk datang ke sini dan anda tahu gaya permainan mereka dan setiap kesilapan akan menjadi sesuatu yang bakal dimanfaatkan mereka untuk melakukan serangan balas, dan bola mati.

“Kami sudah bercakap sebelum permainan, anda tak boleh membiarkan kesilapan yang ada hari ini. Itu memberi anda perlawanan yang sukar.

“Gol pertama adalah kesalahan Marcos menanduk bola ke tengah. Gol pertama itu jelas salah Thiago itu

“Dia sudah bermain bola sepak cukup lama dan tahu mengenainya. Kemudian Marcos juga gagal mengawal pemain lawan untuk lawan menjaringkan gol ketiga.

“Itu adalah kesalahan yang jelas,” katanya dipetik Sky Sports.

Dengan keputusan seri itu, Chelsea berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris dengan empat mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading