Antarabangsa Bola Sepak

Leicester benam City 5-2


Vardy meledak hatrik membantu pasukan menewaskan City, 5-2.

KEJUTAN berlaku di Etihad apabila Manchester City tewas mengejut 2-5 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Pesta tujuh gol ini dimulakan dengan Riyad Mahrez di minit ke-4, tapi Manchester City kemudian ketinggalan empat gol menerusi hatrik Jamie Vardy dan satu gol James Maddison.

Keputusan sempat berubah menjadi 2-4 ketika Nathan Ake mencetak gol kedua di minit ke-84, tapi penalti Youri Tielemans minit ke-88 kembali membawa pasukan pelawat keluar sebagai pemenang.

Kekalahan itu meletakkan Man City di kedudukan ke-13 dengan satu kemenangan sementara Leicester merangkak naik ke puncak liga dengan 9 mata dari 3 kemenangan.

MANCHESTER CITY (4-2-3-1): Ederson; Kyle Walker, Eric Garcia, Nathan Ake, Benjamin Mendy; Fernandinho (51′ L. Delap), Rodri; Phil Foden, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling; Riyad Mahrez.

LEICESTER CITY (3-4-3 ): Kasper Schmeichel; Daniel Amartey Jonny Evans (80′ C. Fuchs), Caglar Soyuncu; Timothy Castagne, Nampalys Mendy, Youri Tielemans, James Justin; Dennis Praet (69′ J. Maddison), Harvey Barnes; Jamie Vardy (85′ K. Iheanacho).


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d