
LIVERPOOL berkemungkinan berdepan Arsenal tanpa khidmat Alisson Becker dan Thiago Alcantara pada pertembungan Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi esok.
Kedua-dua pemain itu ketika ini dikhuatiri tidak berada pada tahap terbaik.
Menurut laporan dari Liverpool Echo, pemain tersebut tidak menghadiri sesi latihan kelab. Thiago sebelumnya sempat turun latihan bersama pada hari Jumat.
Akan tetapi pada hari Sabtu lepas, kelibatnya tidak kelihatan lagi, begitu Alisson.
Hingga kini, masih belum ada penjelasan dari pihak Liverpool. Kehadiran mereka masih ditunggu-tunggu menjelang aksi perlawanan sebenar.

Sekiranya, Thiago Alcantara dan Alisson Becker disisihkan, ia pasti menjadi masalah bagi Liverpool. Ini kerana, ada lagi pemain lain yang dihantui krisis kecederaan.
Jordan Henderson dan Joel Matip masih cedera termasuklah dengan Alex Oxlade-Chamberlain.
Joe Gomez pula memang sudah pulih dari kecederaan tetapi tetap memerlukan sedikit masa untuk kembali cergas.
Jika Alisson Becker tidak dapat digunakan untuk bertemu Arsenal, dia akan digantikan oleh Adrian. Sementara untuk Thiago Alcantara, di posisinya bakal ditampung Naby Keita manakala Fabinho bermungkinan besar diletakkan sebagai pemain pertahanan tengah.
Add Comment