Bola Sepak Semasa Terkini

Kemudahan sukan bernilai RM600 juta di Kelantan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wan Roslan (tiga, kanan) bersama peserta Seminar Pembangunan Kejurulatihan Bola Sepak Remaja 2020 anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

KELANTAN bakal memiliki kemudahan sukan bernilai RM 600 juta yang meliputi pembinaan sebuah kompleks sukan tertutup, kompleks sukan renang, sukan menembak dan veldrom akan di bina bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, kemudahan yang bakal di bina di Bukit Merbau, Pasir Putih menjelang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke 22, tahun 2024 juga akan menjadi  pusat riadah kepada penduduk Kelantan.

“Kita sudah lawat Johor bersama UPEN Kelantan untuk melihat kemudahan sukan yang ada di sana. Kita juga sudah selesai buat venue pengurusan untuk infa yang akan di bina di Kelantan. Akan di bawa ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk kelulusan peruntukan.

“Minggu depan kita akan tubuhkan sekretariat yang akan menguruskan infra ini. Kita akan bina stadium dan kompleks sukan di Bukit Merbau dengan anggaran 600 juta. Kita akan bina stadium tertutup, stadium hoki, balapan, tenis dan menembak.

“Tanah ada 320 ekar, tapi kita akan guna separuh dahulu. Stadium Akuatik akan di bina di Kota Bahru dan Veledrom di Jeli, Kelantan. Semuanya akan bertaraf antarabangsa. Kita letak sasaran untuk bermula tahun hadapan,” jelasnya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Kejurulatihan Bola Sepak Remaja 2020 anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Mengulas berkaitan seminar yang di anjurkan, beliau berkata Kerajaan Negeri melalui MSN Negeri akan sentiasa bekerjasama dengan NFDP dalam memperkasakan pembangunan bola sepak di Kelantan.

“Hasrat saya biar jurulatih ada pengalaman yang luas. Biar kita ada skill sendiri macam brazil ada samba. Biar jurulatih kita ada pengetahuan dan ilmu yang tinggi dalam melatih remaja di Kelantan.

“Terima kasih kepada panel dari NFDP yang sudi berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar dengan jurulatih di sini,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: