Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Luis Suarez sah ke Atletico Madrid

PROSES perpindahan Luis Suarez ke Atletico Madrid sudah mendapat persetujuan daripada pengurusan Barcelona.

Barcelona dan Atletico Madrid masing-masing mengesahkan mengenai perkembangan itu melalui laman rasmi kelab mereka.

Luis Suarez sebentar lagi akan diumumkan menjadi pemain Atletico untuk mengharungi musim La Liga 2020-2021.

Penyerang asal Uruguay itu juga bakal menjalani pemeriksaan perubatan.

“Ia bersyarat kepada pemeriksaan doktor dan perjanjian, serta formaliti kontrak penyerang asal Uruguay tersebut,” tulis Atletico dalam laman rasmi kelab.

Sementara itu, Barcelona menyebut Atletico Madrid akan membayar 6 juta euro sebagai pembiayaan perpindahan.

Walaubagaimanapun, tidak dijelaskan secara terperinci pula berapa tempoh kontrak Suarez di Atletico.

“Barcelona secara terbuka menyampaikan ucapan terima kasih kepada Luis Suarez untuk komitmennya dan dedikasinya, serta berharap yang terbaik untuk masa depannya,” jelas kenyataan rasmi kelab asal Catalan itu.

Dal pada itu, dalam satu video pendek Barcelona, terpapar satu tulisan “Legenda Barca” yang ditujukan khas kepada Suarez.

Bekas pemain Liverpool itu sebenarnya masih mempunyai baki satu tahun kontrak di Barcelona.

Namun, beberapa kali dia menunjukkan reaksi enggan mewakili Barcelona lagi.

Suarez juga selalu tidak hadir dalam tiga perlawanan pramusim Barcelona.

Malah, jurulatihnya, Ronald Koeman juga dikhabarkan tidak meletakkan Suarez dalam perancangan pasukan musim ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: