PENUNGGANG Repsol Honda sekaligus juara bertahan MotoGP, Marc Marquez, menjelaskan dirinya sedang menjalani fasa pemulihan kecederaan lengan.
Marc Marquez menilai kondisi fizikalnya sudah beransur pulih. Namun, secara mental, Marquez masih sering berasa tertekan.
Kecederaan itu menyebabkan Marquez dua kali menjalani pembedahan iaitu pada 21 Julai 2020 dan 3 Ogos 2020.
Ini bermaksud, Marquez kini memasuki minggu ketujuh masa pemulihan jika dihitung dari terakhir dia menjalani operasi pembedahan.
“Dari segi fizikal, saya berasa sudah lebih baik. Saya berharap minggu depan sudah tidak perlu lagi memakai pelindung tangan dalam aktiviti apapun.
“Minggu lalu saya sudah mulai berlari dan berbasikal. Kaki dan lengan kiri saya dalam kondisi bagus.
“Namun, saya harus berlatih lagi agar lengan kanan saya cepat pulih,” kata Marquez dipetik dari The Race.
The Baby Alien, nama timangan Marc Marquez, mengalami cedera retak tulang lengan kanan setelah terlibat insiden di MotoGP Sepanyol pada19 Julai lepas.
“Perkara yang paling berat adalah melatih otot lengan kanan.
“Saat ini saya hanya harus berlatih dengan sabar dan menghormati proses pemulihan,” kata Marquez lagi.
Add Comment