Bola Sepak Semasa Terkini

Jaga Fayadh elok-elok!

 

Fayadh meledak satu gol membantu kemenangan pasukan ke atas Sabah. (Foto : FA Kedah)

Jaga Fayadh elok-elok! itulah reaksi penyokong Kedah yang mahukan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menjaga pemain muda mereka, Fayadh Zulkifli agar tidak terlepas ke pasukan lain selepas ini.

Kemasukan pemain sayap itu pada aksi Liga Super 2020 menentang Sabah kurang 30 minit menyaksikan momentum serangan Kedah berjaya ditingkatkan sehingga mengatasi pelawat 3-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, Isnin lalu.

Fayadh masuk pada minit ke-69 dengan gerakan yang licik dan satu hantaran kepada Kipre Tchetche dan satu gol peribadi menjadikannya dirinya sebagai pemain terbaik pada malam tersebut.

Kemenangan tersebut membantu Kedah mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super dalam usaha untuk mara ke kelayakan AFC 2021.

Tinjauan CS di media sosial mendapati para penyokong percaya Fayadh mampu memberikan impak kepada jentera serangan Lang Merah dengan lebih baik pada masa hadapan.

Disebabkan perkara tersebut, mereka mahu KFA memberikan perhatian kepada bakat-bakat muda yang ada kualiti di dalam pasukan Kedah ketika ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: