JUARA bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool diiktiraf sebagai pasukan paling bernilai di dunia ketika ini.
Status itu hadir selepas juara liga 19 kali itu membawa masuk Diogo Jota dan Thiago Alcantara ke Anfield pada minggu lalu.
Laporan Transfermarkt menyebut, The Reds dianggarkan bernilai £986.7 juta (RM5.19 bilion) dan pembelian terbaharu itu menyaksikan nilai perpindahan keseluruhan pemenang EPL menghampiri £1 bilion (RM5.26 bilion).
Tidak ramai yang tahu bahawa pasukan kendalian Jurgen Klopp itu mempunyai nilai £50 juta (RM263.4 juta), satu jumlah yang lebih mahal berbanding Manchester City yang sering berbelanja besar.
Pemain utama mereka, Mohamed Salah bernilai lebih £100 juta (RM526.7 juta) setiap seorang manakala Sadio Mane bernilai £108 juta (RM568.8 juta).
Dalam pada itu, naib juara musim lalu Manchester City bernilai £933 juta (RM4.9 bilion).
Jumlah itu sekali gus menyaksikan mereka mengatasi gergasi Sepanyol, Barcelona yang menduduki tangga ketiga dengan nilai £910 juta (RM4.79 juta).
Manakala, Chelsea yang baru mendatangkan Kai Havertz, Timo Werner dan Ben Chilwell berada dianggarkan bernilai £826 juta (RM4.35 bilion) selepas mendapatkan tujuh pemain baharu pada musim panas.
Seperti biasa, Manchester United yang mengalami penurunan prestasi pula hanya menduduki tempat ketujuh dengan nilai £719.5 juta (RM3.78 bilion), hampir £300 juta (RM1.58 bilion) di belakang Liverpool.
Add Comment