KEMAMPUAN Valentino Rossi untuk kembali menjadi juara dunia MotoGP sedikit diragui.
Keraguan itu dilontarkan bekas pelumba MotoGP yang pernah menjadi pencabar Rossi, Max Biaggi.
Persaingan Max Biaggi dan Valentino Rossi merupakan salah satu rival yang paling sengit dalam sejarah MotoGP.
Kedua-duanya sudah bersaing sejak 1996 dan kembali panas ketika Rossi memasuki kelas utama MotoGP pada 2000.
Setelah lima tahun bersaing, Max Biaggi memutuskan bersara pada akhir musim 2005.
Setelah 15 tahun Max Biaggi bersara, Rossi sampai saat ini masih berkarier di litar perlumbaan.
Rossi yang kini berusia 41 tahun belum merancang menamatkan karier untuk sekurang-kurangnya hingga akhir musim depan.
Penunggang asal Itali itu masih bercita-cita mendakap gelaran juara dunia buat kali ke-10.
Melihat prestasi Rossi musim ini, Max Biaggi mengakui bekas pesaingnya itu masih cukup kompetitif.
Bahkan, Max Biaggi tidak yakin Rossi boleh kembali menjadi juara dunia.
“Apakah Valentino Rossi membuat saya tersenyum? Rossi adalah pelumba paling berpengalaman ketika ini. Itu menjadi satu-satunya rekod dicipta Rossi yang tidak dimiliki pelumba lain.
“Namun, pengalaman saja tidak cukup untuk menjadi juara dunia saat ini,” ujar Max Biaggi dipetik Tuttomotoriweb
Hingga pusingan ketujuh MotoGP musim ini, Valentino Rossi masih belum meraih kemenangan.
Pencapaian terbaik Rossi hanyalah menaiki podium ketiga MotoGP Andalusia yang berlangsung pada akhir Julai lalu
Add Comment