Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool mahukan Sarr


GERGASI England, Liverpool belum mahu berhenti berbelanja musim panas ini.

Setelah berjaya mendapat Thiago Alcantara dan Diogo Jota, The Reds masih mahukan Ismaila Sarr.

Dipetik dari Daily Star, nama Ismaila Sarr, masih dalam senarai dalam radar yang diburu The Reds.

Sarr merupakan pemain muda berusia 22 tahun yang berasal dari Senegal dan musim lalu, dia bermain untuk Watford, akan tetapi bagi kempen 2020/2021 kelab itu diturunkan pangkat ke Liga Kejuaraan.

Sarr melakukan debutnya di Liga Perdana Inggeris musim lalu. Dia bermain sebanyak 28 kali dengan meraih lima gol dan enam assist.

Tidak ramai tahu bahawa Ismaila Sarr merupakan sahabat baik kepada Sadio Mane. Malahan, mereka berdua berasal dari Senegal dan sudah bermain bersama-sama dalam pasukan kebangsaan.

Sarr sebenarnya sudah lama diintai Liverpool. Tetapi, pada masa itu Watford meletak harga yang dinilai terlalu tinggi sejumlah 40 juta poundsterling.

Namun terkini, laporan mengaitkan Watford sedia melepas Sarr pada harga 35 juta poundsterling.

Ismaila Sarr disebut-sebut sebagai pemain muda berbakat. Jika jadi ke Liverpool nanti, dirinya boleh menjadi pelapis di posisi sayap kanan Liverpool dan bergandingan bersama Diogo Jota di bahagian sayap.

Namun selain Liverpool, Manchester United juga turut berminat mendapatkannya.

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d