Bola Sepak Semasa Terkini

PBNP kecewa dengan FAM

Kenyataan rasmi dikeluarkan PBNP mengenai aduan terhadap Mohamadou Sumareh.

 

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak teragak-agak mengemukakan aduan kepada badan timbang tara dan Persuruhjaya Sukan Malaysia mengenai sikap sambil lewa dan kurang minat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung aduan terhadap pemainnya, Mohamadou Sumareh.

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, pihaknya telah mengemukakan aduan mengenai perkara tersebut pada 11 September lalu namun FAM tiada kecenderungan dan tidak menunjukkan minat untuk mencari penyelesaian kemelut ini.

“FAM hanya memberi alasan menunggu tindakan dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terlebih dahulu dan ini tidak boleh diterima PBNP kerana tidak berasas.

“Pemain ini sebagaimana diketahui adalah seorang pemain tempatan dan kes ini melibatkan kawalan dan bidang kuasa FAM. Perkara ini juga telah disahkan Setiausaha Agung AFC dalam satu kenyataan media beliau.

“Sebagai badan induk bolasepak negara yang menaungi anggota gabungan seperti PBNP, FAM selayaknya membantu bagi penyelesaian kemelut ini agar keadilan dapat ditegakkan.

“Telah banyak kes-kes pertikaian diantara pemain dan anggota gabungan yang telah FAM kendalian di masa -mas ayang lalu melalui Jawatankuasa Status Pemain atau Jawatankuasa Tatatertib FAM,” jelasnya melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan PBNP di laman rasmi Pahang FA, sebentar tadi.

Surat rasmi PBNP yang dihantar kepada FAM.

 

Norlia juga memaklumkan PBNP mempunyai asas yang kukuh beserta dokumen-dokumen yang sah bagi membuktikan PBNP di pihak yang benar.

“Semua tuduhan yang dibuat oleh pemain itu adalah palsu, rekaan dan satu cubaan manipulasi oleh seorang pemain naturalisasi yang mendapat kerakyatan Malaysia.

“Atas sebab-sebab tersebut dan atas nama kebenaran, maka PBNP berhak membentangkan kes dengan selayaknya. PBNP percaya FAM  dapat memberi perhatian yang serius dan segera terhadap perkara ini .

“Jika FAM masih tidak menunjukkan minat untuk mengendalikan aduan ini, PBNP tidak teragak-agak untuk merujuk kes ini kepada lain-lain badan timbang tara atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan malah ke pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia,” ujarnya.

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: