Antarabangsa Bola Sepak Semasa Sepak Takraw

Jangan terlalu harapkan Aubameyang

ARSENAL disarankan supaya tidak terlalu bergantung kepada Pierre-Emerick Aubameyang untuk mendapatkan gol.

Sebaliknya, semua pemain skuad Arsenal diberi tanggungjawab untuk sama-sama menghasilkan jaringan.

Pengurus The Gunners, Mikel Arteta juga enggan melihat hanya ada seorang pemainnya yang bersaing dalam senarai carta jaringan terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini.

Aubameyang muncul peledak terbanyak Arsenal pada musim 2019/2020. Penyerang antarabangsa Gabon itu menghasilkan 29 gol di semua pertandingan.

Bagi kempen musim ini, Aubameyang mencipta umpanan salah satu gol untuk kemenangan 2-1 Arsenal ke atas West Ham United.

“Kami harus membahagikan gol dengan lebih baik. Saya sudah menjelaskannya.

“Kami harus melakukan gol sebagai pasukan jika kami ingin bertarung dengan kelab top di negara ini dan jika kami cuma bergantung kepada satu pemain, kami tidak akan berjaya.

“Jadi mereka semua harus mengambil tanggungjawab dan saya juga ada kerja dengan memastikana ada jaringan untuk pemain di posisi yang berbeza supaya mencapai sasaran itu,” jelas Arteta kepada Evening Standard.

Untuk perlawanan berikutnya, Arsenal akan berkunjung ke Anfield pada 29 September ini untuk bertemu juara bertahan, Liverpool.

Sama-sama kita saksikan adakah akan ada lagi pemain lain Arsenal yang mampu merobek jaring gol tuan rumah pada perlawanan itu nanti.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: