Bola Sepak Semasa Terkini

Kipre kejar Da Sylva

 


PENYERANG profilik Kedah, Kipre Tchetche mengejar gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2020 apabila menjaringkan enam gol selepas lapan aksi setakat ini.

Jaringan pemain Ivory Coast itu hanya kurang satu gol berbanding penyerang Terengganu FC, Dominique Da Sylva.

Lebih menarik perhatian, seorang lagi penyerang Kedah, Kpah Sherman juga dalam pemburuan penjaring terbanyak apabila setakat ini meledakkan lima gol.

Turut berada dalam senarai pemburuan penjaring terbanyak dan turut meledakkan gol adalah Gonzalo Cabrera dari JDT, Efadayo Omosuyi (Selangor), Ivan Carlos (Pahang) dan Shahrel Fikri (Perak).

Kipre dan Kpah kini dalam momentum untuk terus menjaringkan gol selepas Kedah berjaya mencatatkan lima kemenangan berturut-turut dan terbaru menewaskan Sabah 3-1 semalam di Cheras.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: