Bola Sepak Terkini

Yusri kecewa, tak boleh terima kekalahan


JURULATIH Kelantan, Yusri Che Lah tidak boleh menerima kekalahan pasukannya kepada Kuching FA, pada aksi Liga Premier di Kuching, malam tadi.

Kekalahan 0-2 kepada kelab itu menyaksikan perjuangan Kelantan untuk memburu satu lagi slot ke Liga Super 2021 sudah berakhir selain menyukarkan peluang mereka untuk layak beraksi di kempen Piala Malaysia musim ini.

Dalam sidang media pasca perlawanan yang hanya berlangsung tak sampai seminit itu, Yusri tampak tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya ketika ditanya soalan oleh pemberita berhubung persembahan pasukannya.

“No comment at all (Tiada komen secara keseluruhannya), saya fikir saya sangat kecewa dengan keputusan (perlawanan)….kita kalah,” katanya ringkas.

Malah ketika ditanya perancangan seterusnya, pengendali berusia 44 tahun itu sekali lagi mengulangi nada sama kepada soalan yang dikemukakan media tempatan itu.

“Saya tak fikir perkara itu, saya hanya kecewa dengan keputusan (perlawanan) itu….itu yang saya boleh komen,” katanya lagi.

Kekesalan pengendali dari Perlis itu berterusan apabila dia tidak menjawab secara spesifik mengenai pasukan lawan yang akan dihadapi Kelantan, pada aksi berikutnya.

“Saya tak mahu fikir sekarang, keputusan malam ini (tadi) saya tak boleh terima. Itu sahaja, no comment (tiada komen) terima kasih,” ujarnya lagi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d