Bola Sepak Terkini

Diluar pengetahuan saya…


Sathia memaklumkan dia tidak mengetahui sebarang urusan perpindahan Sumareh.

 

SUBKHI SUDARJI

“Saya tidak tahu,” itulah penjelasan ringkas pengendali Selangor, B Sathianathan mengenai rundingan perpindahan bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh ke Selangor musim depan.

Jelasnya, semenjak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengeluarkan kenyataan berkemungkinan khidmatnya tiada dalam perancangan bersama Gergasi Merah Kuning untuk musim depan. segala urusan perancangan pasukan tidak dimaklumkan.

“Selepas mereka mengeluarkan kenyataan tersebut, tumpuan saya hanyalah menjaga pemain sedia ada, tiada dengar apa-apa mengenai kemasukkan pemain baharu, mereka tidak bincang apa-apa dengan saya.

“Mungkin saya tiada dalam perancangan mereka musim depan, jadi mengenai Sumareh ini memang saya tidak tahu langsung,” jelasnya ketika dihubungi CakapSukan, sebentar tadi.

Isu perpindahan Sumareh yang juga merupakan pemain naturalisasi negara hangat bermain di media sosial sebelum ini apabila pemain sayap berkenaan meninggalkan Pahang walaupun masih memiliki kontrak dengan skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

Lantaran itu ramai melihat dan mengandaikan Sumareh bakal menyertai juara Liga Super enam kali berturut-turut iaitu Johir Darul Ta’zim (JDT) berdasarkan kedudukan dan perancangan pasukan yang stabil dari segi semua aspek.

Namun tanggapan ini sebaliknya berlaku apabila Sumareh menyertai kelab Thailand, Police Tero dan semalam pemilik kelab bola sepak JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) melakukan pendedahan mengejut mengenai perpindahan Sumareh ke Selangor pada musim depan.

Melalui paparan di laman instagram ‘story’, TMJ turut membidas sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang lebih gemar melakukan provokasi terhadap JDT dan mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi.

Sathia menafikan pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Dalam perkembangan berasingan, Sathianathan kecewa dengan permainan pihak yang bertindak mengubah kenyataan dan disiarkan dalam berbentuk grafik dengan menggunakan platfrom media sosial.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, kalau ada dengar apa yang saya cakapkan dalam sidang media atau apa2 temuramah, tidak pernah sama sekali kenyataan sedemikian dikeluarkan.

“Saya ada hubungi akhbar Harian Metro untuk mendapatkan kepastian dan mereka mengesahkan tidak pernah membuat dan mengeluarkan kenyataan berikut. Ini sesuatu yang tidak betul,” tegasnya yang hanya mengeluarkan kenyataan sebelum perlawanan menentang JDT mengenai kekuatan pasukan tersebut dan mereka hadir ke sana bukan untuk tewas malah akan berusaha memberikan saingan dengan barisan pemain yang ada.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d