Bola Sepak Semasa Terkini

TMJ dedahkan butiran kontrak Sumareh ke Selangor.. RM70K sebulan…

 

PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) semalam melakukan pendedahan mengenai perpindahan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh ke Selangor pada musim depan.

Ketika ramai yang menyifatkan Sumareh bakal menyertai Harimau Selatan musim depan dan hanya diletakkan sementara di kelab Thailand, Police Tero, TMJ tampil berkongsi butiran mengenai perpindahan pemain sayap skuad kebangsaan itu.

Menerusi paparan di laman instagram ‘story’, TMJ turut membidas sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang lebih gemar melakukan provokasi terhadap JDT dan mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi selain mahu FAS belajar daripada Terengganu FC selepas kekalahan memalukan 6-1 kepada JDT dalam kedua-dua saingan Liga Super dan Liga Premier minggu ini.

photo_2020-09-21_05-59-07

Ujar TMJ, salah satu contoh provokasi dilakukan pengurusan Selangor ialah melalui slogan, “Saksikan Harimau Selatan Hilang Taringnya” yang dipaparkan pada dinding di sekitar Stadium Shah Alam walaupun skuad Gergasi Merah belum memenangi apa-apa kejuaraan.

“Pesanan ikhlas saya kepada pengurusan ‘baru’ FAS. Buat kerja dan fokus kepada pasukan sendiri. Takda nak sibuk-sibuk bandingkan diri dengan JDT atau nak anggap dah setanding JDT. Dalam padang fight, luar padang hormat antara satu sama lain.

Justeru itu, TMJ juga mahu FAS menjelaskan kepada para penyokong Selangor mengenai masalah sebenar yang berlaku dan baginda sedia melawan pihak yang menggunakan bola sepak untuk kepentingan peribadi dan tidak jujur.

Difahamkan, kenyataan itu ditujukan kepada bekas Naib Presiden FAS, Izhar Moslim.

Pada masa sama, TMJ turut memaklumkan dia tiada masalah dengan mana-mana negeri atau pun penyokong tetapi akan sentiasa berjuang dengan sesiapa yang nak menggunakan bola sepak untuk kepentingan peribadi dan tidak jujur kepada penyokong bola sepak.

“No ponit nak anti JDT. Lebih baik anti pada pengurusan sendiri yang tidak jujur dan masing-masing ada kepentingan peribadi.

j

Selain itu, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan pendedahan kontrak rasmi Selangor ditawarkan kepada bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang bakal menyertai kelab Thailand, Police Tero dalam masa terdekat.

Berdasarkan kontrak tersebut, Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan.

EiYSYSHVkAIznn3

kontrak pro

ANTARA BUTIRAN KONTRAK YANG DIDEDAHKAN TMJ

Sumareh sebelum ini mencetus kontroversi apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan walaupun masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga 2022 mengambil tindakan keluar daripada pasukan kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dalam satu kenyataan rasmi menafikan pemain naturalisasi itu tidak dibayar gaji kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: