KEJAYAAN Pulau Pinang mengatasi Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Bandaraya semalam menyaksikan skuad Manzoor Azwira Abd Wahid mengesahkan satu slot Liga Super 2021 menjadi milik mereka.
Jurulatih tersebut memberikan penghargaan kepada seluruh pemain-pemain kerana berusaha meraih tiga mata sehingga ke hujung perlawanan.
“Saya hadiahkan kemenangan ini kepada penyokong setia Pulau-Pinang dan ini adalah hasil doa penyokong-penyokong kita.
“Kuala Lumpur adalah pesaing terdekat dan mereka adalah sebuah pasukan yang mantap. Namun syukur pemain Pulau Pinang berusaha mendapatkan tiga mata penuh di laman sendiri,”katanya.
Pada perlawanan tersebut, Pulau Pinang berada di hadapan menerusi Endrick dos Santos pada minit ke-45 sebelum disamakan jaringan 1-1 oleh Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-71.
Bagaimanapun Rafael Vitor muncul hero Harimau Kumbang apabila menjaringkan gol kemenangan 2-1 pada minit ke-93.
Add Comment