Bola Sepak

Bartomeu enggan kritik Messi

Bartomeu memaklumkan Messi adalah pemain terbaik yang pernah ada dan pasukan memerlukannya.

PRESIDEN Barcelona, Josep Maria Bartomeu enggan mengkritik pemainnya yang juga kapten pasukan, Lionel Messi.

Ia kerana, Messi pernah memberitahu untuk meninggalkan Barcelona dan ingin kontraknya yang habis pada tahun depan diakhiri lebih cepat.

Namun, Barcelona belum sedia melepaskan Messi. Barcelona berpegang kepada fakta bahawa Messi masih terikat kontrak sehingga 2021 dengan klausa pelepasan bernilai 700 juta euro.

“Saya tidak mahu berkonflik dengannya. Dia adalah kapten dan pemimpin pasukan. Kita sudah lihat dia membuktikan di padang dan masalahnya sudah diketepikan.

“Saya tidak boleh membiarkannya meninggalkan kelab. Dia adalah pemain terbaik yang pernah ada dan pasukan memerlukannya. Miliki Messi menjamin kejayaan,” ujar Josep Maria Bartomeu kepada TV3 seperti dilapor Sport.

Dalam wawancara ketika mengumumkan keputusannya untuk kekal, Messi melontarkan kritikan tajam kepada Bartomeu.

Pemenang enam trofi Ballon d’Or itu menyebut Bartomeu mengingkari janji dan kepimpinannya seperti bencana.

Bagaimanapun, Bartomeu enggan membidas kritikan Lionel Messi tersebut dan tak berminat berkonflik dengan pemain berusia 33 tahun itu.

“Saya tidak mahu berselisih dengan kapten pasukan. Kami harus gembira dia kekal dan dengan bagaimana sikapnya selama beberapa hari terakhir. Pemain terbaik di dunia seharusnya berada di sini,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: