
KEKALAHAN 1-3 skuad Ole Gunnar Solskjær kepada Crystal Palace menunjukkan segala kelemahan benteng pertahanan Manchester United.
Perkara ini diakui oleh bekas pemain mereka sendiri, Gary Neville.
Jelasnya, dengan keupayaan pemain barisan pertahanan yang sedia ada, sukar Manchester United untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Tambahnya lagi, fungsi Victor Lindelof dan Harry Maguire dilihat tidak berkesan sepanjang perlawanan. Sebaliknya, Neville menggesa supaya membawa masuk bek baharu berbanding merekrut Jadon Sancho.
Dengan jendela bursa perpindahan pemain hanya tinggal lagi dua minggu, Donny van de Beek menjadi satu-satunya pembelian United.
“Akan ada tekanan besar setelah ini. Kita boleh memperkatakan mengenai Jadon Sancho sesuka hati, tapi sampai sekarang Manchester United hanya dapat seorang pemain bek tengah yang boleh lari dan bertahan satu lawan satu, mereka tidak akan boleh juara liga. Mereka tidak akan boleh juara EPL dengan dua bek tengah itu.
“Mereka harus mendapat bek tengah yang lasak, dominan, untuk digandingkan bersama Lindelof atau Maguire,” ujar Gary Neville Sky Sports.
Kekalahan kepada Palace meletakkan United pada kedudukan ke-16 liga.
Add Comment