
KEMENANGAN Kedah ke atas Sabah 3-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi menyaksikan Kedah kembali berada di kedudukan kedua Liga Super 2020 dengan 16 mata.
Terdahulu Perak berada di tangga kedua dengan 14 mata selepas Seladang menjinakkan PDRM 2-0 semalam sebelum dipintas kembali oleh Hijau Kuning malam ini.
Perlawanan yang perlu dilangsungkan di Cheras berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Alor Setar langsung tidak menganggu fokus Kedah memburu kemenangan kelima berturut-turut.
Gol Kedah muncul melalui Kpah Sherman pada minit ke-26, Kipre Tchetche (m-71) dan Fayadh Zulkifli (m-75), manakala gol pasukan pelawat terhasil menerusi Dennis Buchenning pada minit ke-27.
Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, pada separuh masa pertama pasukannya memberikan saingan yang cukup sengit apabila diikat 1-1.
Namun, pemain-,pemain Kedah berjaya bangkit untuk menambah dua lagi jaringan bagi memastikan tiga mata penting dibawa pulang ke Alor Setar.
“Fayadh masih muda dan masih banyak yang perlu dia buktikan. Sebelum ini mungkin disebabkan oleh PKP membuatkan semua pemain perlu kembali mencari rentak masing-masing
Sementara itu, Fayadh berkata, Aidil Sharin mahu dia membuktikan sesuatu kepadanya dan juga pasukan sebelum dimasukkan pada separuh masa kedua.
“Rezeki saya hari ini dan apa yang saya berlatih di Alor Setar telah saya berjaya buktikan. Jika saya teruskan keyakinan mungkin coach Aidil akan terus memberikan peluang kepada saya lagi untuk terus diteruskan,”katanya.
Add Comment