Antarabangsa motorsport

Quartararo belajar dari pengalaman

 

FABIO Quartararo mengakui kesalahannya selepas gagal menamatkan perlumbaan MotoGP San Marino.

Quartararo terjatuh daripada jentera, yang sebelum itu bermula di petak ketiga dan sempat mengejar di kedudukan kelima belakang Maverick Vinales.

Ketika di pusingan ketujuh, Quartararo menghampiri pelumba Yamaha itu, namun tak lama gara-gara terjatuh apabila cuba
mengejar mengejar trio didepan: Franco Morbidelli, Valentino Rossi, dan Jack Miller.

“Ini baru tahun kedua saya. Saya belajar dari semua kesilapan tahun lalu dan akan belajar dari kesalahan ini. Saya akan menonton perlumbaan itu, sudah tentu sukar menyaksikan litar ketika anda terjatuh, tapi rasanya itu penting untuk melihat di mana saya melakukan kesalahan.

“Saya tahu, tapi saya ingin melihat. Pastinya saya tidak akan melakukan hal yang sama minggu depan. Anda mungkin boleh miliki segalanya. Tapi anda tak boleh membeli pengalaman. Anda perlu menjalaninya, melakukan kesalahan-kesalahan. Saya rasa semua orang sedang belajar.

“Saya yakin bahkan Marc (Marquez) dan Valentino (Rossi) juga masih belajar. Jadi bayangkan ketika anda baru di tahun kedua.

“Ada begitu banyak perkara yang belum saya alami, jadi kini saya sudah mengalami sesuatu ketika saya di belakang. Saya lebih cepat, saya ingin mengejar terlalu cepat dan kurang santai.

“Saya takut Franco akan kabur, atau Valentino, dan saya terlalu bersemangat. Itulah sebabnya saya terjatuh. Saya tahu ini kesalahan saya,” jelas Quartararo dipetik Crash.

Pelumba Perancis itu kini menghuni kelompok kedua carta dengan kutipan 70 mata.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: