Antarabangsa Bola Sepak

Pirlo dapat lesen UEFA Pro


ANDREA Pirlo akhirnya berjaya mendapatkan lesen kejurulatihan UEFA Pro.

Lelaki Itali berusia 41 tahun itu selepas ini boleh menguruskan skuad Juventus dari tepi padang pada saingan Serie A.

Baru-baru ini, Juventus secara mengejut melantik Pirlo sebagai ketua jurulatih.

Bagaimanapun, Pirlo belum memegang lesen UEFA Pro, sebagai syarat untuk boleh mengarungi pertandingan Serie A dan Serie B.

Pirlo baru mengambil kursus lesen UEFA Pro di Coverciano pada Ogos 2019. Disebabkan situasi sudah mendesak, dan Liga Itali bermula pada 19 September 2020, Pirlo diberi keistimewaan untuk mempercepatkan menyelesaikan kursus kejurulatihan Coverciano.

Dipetik dari laman rasmi FIGC, Pirlo sudah mengikuti ujian akhir dengan mempersembahkan tesisnya di hadapan para panel seperti Presiden Sektor Teknikal, Demetrio Albertini, Pengarah Jurulatih Sekolah Renzo Ulivieri, Felice Accame (komunikasi), Isabella Croce (psikologi), Ferretto Ferretti (metodologi latihan), dan Maria Grazia Rubenni (medik).

Mempercepatkan masa mendapatkan lesen UEFA Pro ini bukan bermaksud memotong waktu pendidikan Pirlo.

Dia sebelumnya tetap menghadiri durasi 240 jam pelajaran, termasuk versi online yang diselenggarakan selama perintah berkurung.

Pirlo akhirnya dinyatakan lulus dan mendapat lesen UEFA Pro, semalam.

Pirlo bukan satu-satunya jurulatih yang mengikuti mempercepatkan lesen UEFA Pro dan lulus. Spezia Vincenzo Italiano, Paolo Montero, Daniele Bonera, Morgan De Sanctis, dan Nazzarena Grilli adalah calon yang sama-sama mengikuti ujian bersama dengan Pirlo.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d