Antarabangsa Badminton

BWF tangguh Piala Thomas, Uber 2020

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) menangguhkan saingan Piala Thomas dan Uber 2020 yang sepatutnya dijadual berlangsung di Aarhus, Denmar, bermula 3 hingga 11 Oktober ini.

Menerusi satu kenyataan di laman rasmi badan induk badminton dunia itu, BWF memaklumkan keputusan sukar itu terpaksa dibuat susulan penarikan diri beberapa negara ke kejohanan tersebut.

“BWF bekerjasama dengan Badminton Denmark dan telah berbulan-bulan mempersiapkan diri untuk kembali ke badminton antarabangsa dengan selamat.

“Ini termasuk berusaha keras untuk menjaga kesihatan dan keselamatan semua peserta seperti melaksanakan sistem gelembung untuk mewujudkan ekosistem badminton yang selamat,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun menurut BWF, memandangkan perkembangan berkaitan COVID-19 berlaku di seluruh dunia, sebilangan pasukan telah memilih untuk tidak pergi ke Denmark untuk kejohanan di Aarhus dan pihaknya menghormati keputusan berkenaan.

“BWF sedang mencari tarikh alternatif yang mungkin untuk menjadualkan semula Kejohanan Berpasukan Lelaki dan Wanita Dunia, tetapi pada tarikh tidak sebelum 2021,” ujar kenyataan itu lagi.

Sebanyak lima negara mengesahkan menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas dan Uber iaitu Taiwan, Australia, Thailand, Korea Selatan dengan terbaharu juara 13 kali, Indonesia turut mengambil tindakan sama.

Dalam pada itu, DANISA Denmark Open 2020 yang akan berlangsung di Odense serta Jelajah Dunia HSBC BWF akan diteruskan seperti yang dirancang mengikut kalendar BWF bermula 13 hingga 18 Oktober.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: