Antarabangsa Bola Sepak

Lampard fikir positif


CHELSEA memulakan kempen saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020/2021 dengan langkah positif apabila mengatasi Brighton & Hove Albion 3-1.

Beraksi di Stadium Amex, penalti Jorginho sempat disamakan kedudukan oleh Leandro Trossard, tapi gol Reece James dan Kurt Zouma pada babak kedua memastikan kemenangan kelab London barat itu.

Walaupun bolos satu gol, hasil ini menunjukkan permulaan positif Chelsea setelah belanja besar di musim panas ini.

Kelab milik Roman Abramovich itu seperti diketahui telah membelanjakan lebih dari 200 juta poundsterling untuk merekrut pemain baru, Hakim Ziyech, Timo Werner, Ben Chilwell, Kai Havertz danThiago Silva.

Meletakkan Havertz dan Werner dalam kesebelasan utama, Chelsea diberi tentangan sengit dari tuan rumah.

Pasukan kendalian Frank Lampard itu kalah dalam statistik penguasaan bola dan jumlah percubaan, tapi dilihat lebih efektif mengancam gawang lawan.

Chelsea mencatatkan lima sepakan ke sasaran dari 10 percubaan dan Lampard mengakui pemainnya masih belum menemui rentak.

“Gol Reece James buatkan saya berganjak dari tempat duduk dan kami memerlukan gol itu, sebabnya kami tidak bermain dalam permainan terbaik dalam tempoh itu. Reece punyai kemampuan, dia adalah pemain dengan yang ada kualiti.

“Pada saya kami tampil okaylah. Saya suka hasil kerja pasukan. Kalau anda menganalisis fakta bahawa kami baru bersama-sama sebagai sebuah pasukan selama empat hari, sukar untuk membuat kira-kira.

“Kami menunjukkan keazaman dan itu adalah satu perlawanan di mana kami mungkin boleh kehilangan mata pada musim lalu.

“Kami ada banyak pemain berkarakter menyerang, saya mahu kami bermain dengan laju.. saya ingin pergerakan yang begitu,” kata Lampard kepada Sky Sports.

Kemenangan ini menempatkan Chelsea di kedudukan ketiga sementara EPL, di belakang Arsenal dan Leicester City yang juga meraih tiga mata.

Mereka akan menghadapi lawan berat di minggu kedua nanti, melayan kunjungan juara bertahan Liverpool di Stamford Bridge.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d