Antarabangsa Bola Sepak Semasa

PSG kesal Neymar jadi sasaran rasis

NEYMAR yang dilayangkan kad merah ketika bertemu Marseille kelmarin mendakwa dihina dengan kata-kata rasis daripada
Alvaro Gonzalez.

Insiden itu berlaku semasa bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu dikesan rakaman VAR memukul kepala Alvaro.

Bagaimanapun, kem PSG berdiri teguh memberikan sokongan kepada Neymar.

Selepas pertandingan, menerusi ciapan Twitter peribadi, Neymar menuduh Alvaro menyebutnya sebagai “monyet”.

Perkara inilah yang membuatkan Neymar memukul kepala Alvaro sewaktu berlaku kekasaran Dario Benedetto ke Leandro Paredes.

PSG tidak berdiam diri dengan masalah yang menimpa ke pemainnya itu. Kelab asal Paris tersebut mengecam tindakan rasis kepada siapa saja.

“Paris Saint-Germain menyokong Neymar Jr. yang disebut menjadi sasaran perkauman rasis oleh pemain lawan.

“Kelab ingin mengingatkan kembali bahawa tidak ada tempat untuk rasisme dalam masyarakat, bola sepak atau dalam hidup kita, dan meminta semua orang untuk bersatu menentang semua bentuk rasisme di seluruh dunia,” kata kenyataan PSG dalam laman rasmi kelab.

Jelas kenyataan itu lagi, selama lebih dari 15 tahun, kelab telah berkomitmen teguh untuk memerangi segala bentuk diskriminasi bersama SOS Racisme, Licra, dan Sportitude.

“Paris Saint-Germain menanti Jawatankuasa Disiplin LFP (Ligue De Football Professionnel) untuk menyelidiki dan memastikan fakta, dan kelab sedia membantu LFP untuk bantuan yang diperlukan,” ujarnya.

Menurut France 24, LFP sedang menyelidiki kekalutan yang berlaku pada pertemuan PSG dan Marseille, yang mana salah seorang pemainnya, Neymar didakwa menjadi sasaran rasis.

LFP bakal mengumumkan hasil dan keputusan berdasarkan siasatan yang dilakukan pada Rabu ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: