Bola Sepak Semasa

TFC patut dapat penalti, mutu pengadilan teruk

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wan Mohamad Tarmizi (kanan) dilihat gagal mempamerkan mutu pengadilan yang berkualiti.

SELEPAS berakhirnya aksi Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi, rata-rata peminat bola sepak mempersoalkan mutu pengadilan yang dianggap kurang berkualiti digalas Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim.

Jika tewas dengan kualiti pengadilan memuaskan rasanya bukan sahaja TFC malah pasukan lain juga boleh menerimanya tetapi ini tidak jika diperhatikan pada aksi yang berkesudahan memihak JDT, 1-0 ke atas TFC.

Lantas situasi ini juga mendapat perhatian pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa kualiti dipamerkan pengadil perlawanan sebagai teruk dan gagal mengawal perlawanan dengan baik.

Tidak menyebelahi mana-mana pihak, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyifatkan TFC sepatutnya mendapat satu atau dua penalti dan penyerangnya, Dominique Da Sylva perlu dilayangkan kad merah.

“Tahniah Terengganu. Masa depan yang cerah buat Terengganu FC. Sikap profesionalisme yang tinggi oleh ketua pasukan dan potensi yang tinggi oleh pemain muda.

“Bukan mudah untuk JDT. Pengadil teruk dan tidak mengawal permainan dengan baik. Sepatutnya satu atau dua penalti buat Terengganu dan kad merah terhadap penyerang Terengganu yang melakukan kekasaran (mengangkat kaki) yang tinggi.

“Apa pun perlawanan sudah tamat. Tahniah kepada kedua-dua pasukan. Padang dan stadium ‘first class’. Tahniah dan terima kasih,” kata TMJ yang membuat satu komen di laman Instagram, officialterengganufc.

Beberapa keputusan yang mendapat kecaman ialah tindakannya Wan Mohamad Tarmizi yang tidak memberikan sepakan penalti kepada TFC adalah ketika pemain tengah JDT, Natxo Insa mengasari Da Sylva selain layangan kad merah perlu diberikan kepada Da Sylva selepas melakukan kekasaran berbahaya apabila mengangkat kaki tinggi yang terkena bahagian dada Insa.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: