Antarabangsa Bola Sepak

Hatrik Salah selamatkan The Reds


PENDATANG baharu Liga Perdana Inggeris 2020/21, Leeds United hampir mengejutkan penyandang juara, Liverpool apabila memaksa tuan rumah berkerja keras sebelum The Reds menang 4-3 pada saingan awal pagi tadi.

Lima gol pada separuh pertama dan dua lagi babak kedua di Anfield, mencerminkan corak permainan terbuka dan menyerang skuad bimbingan Jurgen Klopp dan Marcelo Bielsa.

Ujar Klopp, lawan membuktikan kemampuan mereka pada saingan kali ini dan ia sangat konsisten.

“Mereka sangat istimewa dan membuktikannya pada perlawanan hari ini, bertahan dan melakukan cabaran sangat bagus dan ia konsisten sepanjang perlawanan.

“Saya juga berpuas hati dengan prestasi pasukan. Kami boleh memperbaikinya lagi pada masa akan datang,” katanya dipetik melalui liverpoolfc.com.

https://youtu.be/8WBfyjt7rP8

Peledak berbisa The Reds, Mohamed Salah yang gagal mempamerkan aksi menyakinkan pada siri pra persahabatan membuktikan status berkenaan masih menjadi miliknya apabila meledak hatrik membantu kemenangan pasukan.

The Reds tidak menunggu lama untuk berada dihadapan apabila Salah menyempurnakan sepakan penalti seawal minit ke-4 selepas tendangannya terkena tangan Robin Koch.

Van Djik turut mencetak nama selaku penjaring gol membantu kemenangan The Reds.

Namun Leeds menyamakan kedudukan minit ke-12 menerusi gerakan cantik Jack Harrison tetapi Virgil van Dijk kembali meletakkan Liverpool di depan lapan minit kemudian selepas menanduk masuk bola berpunca sepakan penjuru Andy Robertson.

Leeds menyamakan kedudukan sekali lagi minit ke-30 sumbangan Patrick Bamford namun Salah berjaya menambah gol tiga minit kemudian menerusi rembatan deras.

Pelawat tetap tidak mahu mengalah dan mereka berjaya menyamakan kedudukan buat kali ketiga hasil gol Mateusz minit ke-66 sebelum Salah mengesahkan kemenangan Liverpool dengan gol keempat sekali gus melakar hatrik dua minit sebelum tamat perlawanan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading