Bola Sepak Terkini

UKM FC dalam bahaya, KL idam takhta


Sulaiman melihat prestasi pemainnya tidak menentu ketika ini memberi sedikit kegusaran buat dirinya.

“HANYA kemenangan pada baki lima perlawanan seterusnya akan menjamin slot UKM FC di pentas Piala Malaysia 2020,” itulah perkiraan jelas  diterangkan Sulaiman Hussin ke atas barisan pemainnya.

The Varsity Boys yang ketika ini berada di kedudukan kedua tercorot dengan hanya memperoleh satu kemenangan sahaja ketika berdepan Kuching FA pada perlawanan pertama di awal musim, 29 Februari lalu berdepan Kelantan United FC (KUFC) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang ini.

Ujarnya, walaupun  Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan tiada penyingkiran bagi saingan Liga Premier musim ini, tetapi ia bukanlah tiket untuk barisan pemain mengambil mudah setiap perlawanan kerana fokus utama ketika ini adalah memburu slot ke Piala Malaysia.

Sulaiman tidak menolak prestasi anak buahnya agak tidak menentu sebaik sahaja Liga Malaysia kembali pada bulan lepas ekoran pandemik Covid-19, namun beliau optimis perlawanan esok di Stadium Majlis Perbandaran Selayang akan menghadirkan sesuatu yang positif buat UKM FC.

“Saya mengaku prestasi pemain sebelum ini memang tidak memuaskan kerana sekadar menang satu perlawanan, kemudiannya kami tewas tiga kali dan seri dua kali.

“Tetapi sekarang saya yakin kita dah baiki beberapa kelemahan dan bersedia untuk perlawanan esok, cuma Kelantan United juga sama seperti kita, dahagakan kemenangan sebab mereka juga tewas dalam dua perlawanan terdahulu.

“Jadi sudah pasti, mereka akan beri tentangan kuat kepada kita dan saya harap pemain-pemain saya tidak melakukan kesilapan mudah.

“Saya sentiasa ingatkan pemain, fokus utama sekarang adalah untuk merebut slot ke Piala Malaysia, dan setiap perlawanan selepas ini sangat penting kerana jurang mata dengan pasukan lain tidaklah terlalu jauh”, jelasnya.

Selain itu, perlawanan lain yang akan mencuri tumpuan sudah pasti aksi pendahulu liga, Pulau Pinang yang bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT II) pada Sabtu di mana ia cukup penting bagi memastikan mereka tidak tercicir mata apabila ketika ini bersaing rapat dengan Kuala Lumpur yang turut sama mengumpul 14 mata, di tangga kedua.

Kuala Lumpur pula sudah pasti akan berhempas pulas menentang Terengganu FC II (TFC II) di laman sendiri apabila mereka dalam misi untuk merampas kedudukan teratas liga ketika ini.

Tiga lagi perlawanan yang akan berlangsung pada Sabtu adalah membabitkan aksi di antara Kuching FA dan Sarawak United, Negeri Sembilan menentang Selangor 2 manakala Kelantan pula akan menerima kunjungan Perak II


Tags

1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d