Bola Sepak Semasa Terkini

Tahniah Melaka

Hamidin (kanan) menerima kunjungan hormat Sulaiman dan delegasi MUSA , di Wisma FAM, semalam.

WALAUPUN tarikh akhir proses penswastaaan kelab ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hujung bulan ini, namun Persatuan Bola Sepak Melaka mengambil langkah proaktif dan cergas apabila melengkapkan proses berkenaan semalam.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan hari ini mengucapkan syabas kepada MUSA di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Sulaiman Md Ali yang juga Ketua Menteri Melaka atas dedikasi menyelesaikan proses itu sebelum tarikh tamat.

“FAM berbesar hati menerima kunjungan hormat Datuk Sulaiman Md Ali dan delegasi MUSA yang menggambarkan komitmen mereka untuk mendalami dasar-dasar serta usaha-usaha yang FAM lakukan.

“Dengan usaha dan komitmen ini jelas membuktikan keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam memimpin MUSA,” ujarnya yang menerima kunjungan kunjungan hormat Sulaiman dan delegasi MUSA , di Wisma FAM, semalam.

Dalam pertemuan sejam semalam, Sulaiman turut menyatakan pihaknya akan sentiasa memastikan MUSA mematuhi peraturan bola sepak FAM dan MFL dalam usaha menaikkan lagi mutu serta prestasi pasukan.

Hadir sama, Timbalan Presiden FAM yang juga Timbalan Presiden MUSA Datuk Mohd Yusoff Mahadi; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan barisan exco MUSA.

Penswastaan kelab dilihat mampu memperbaiki aspek pengurusan pasukan selain antara alternatif terbaik kepada kemelut kewangan dihadapi pasukan sehingga menjejaskan proses pembayaran gaji pemain akibat kebergantungan kepada dana kerajaan negeri.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: