Bola Sepak

Norde gesa rakan sepasukan


Norde mahu rakan sepasukan sentiasa menyimpan hasrat meraih kemenangan.

PENYERANG import Melaka United, Sony Norde menggesa rakan sepasukan memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan beraksi dan bukanlah hanya mengharapkan bantuan dari orang lain untuk berjaya.

Namun baginya jika seorang pemain tidak mempunyai hasrat ingin meraih kejayaan dan pengorbanan kejayaan pastinya tidak akan menjadi kenyataan.

“Jika kita bermain dengan jiwa dan keinginan anda boleh menjadi sesiapapun. Walau anda mempunyai skil, teknik dan sebagainya tetapi jika anda tidak mempunyai hasrat dan pengorbanan ia tidak boleh terjadi.

“Jangan harapkan sesuatu daripada orang lain, semua orang mesti berikan yang terbaik apabila beraksi untuk kelab anda. Beraksilah demi keluarga dan yang tersayang. Jika anda berusaha dan anda akan menang”, jelasnya di petik melalui FB rasmi Melaka United Soccer Association.

Norde diturunkan selaku kesebelasan utama pasukan ketika mengatasi Perak 1-0 sebelum ini dan aksi menentang Terengganu FC di Stadium Hang jebat, malam esok akan menguji kemampuan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan.
Walaupun tanpa kehadiran penyokong di stadium, perlawanan ini dijangka menarik dan sengit apabila kedua-dua pasukan bakal hadir dengan dengan motivasi terbaik selepas memenangi perlawanan terakhir masing-masing.
Berdasarkan rekod pertembungan kedua-dua pasukan, Terengganu lebih memihak dengan meraih tiga kemenangan dan dua kekalahan manakala satu seri.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: