Bola Sepak Rencana

FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers …Kisah di sebalik tabir

 

SIRI dokumentari lima bahagian – FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers akan menampilkan kisah di sebalik tabir yang menumpukan kepada kuasa besar bola sepak Asia Tenggara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di mana pencapaian dan kejayaan mereka telah membantu dalam membentuk komuniti, masyarakat, negeri dan juga negara.

Siri yang amat dinantikan ini memaparkan kisah mengenai penghasilan infrastruktur kelas dunia yang dimiliki oleh JDT FC, antaranya kemudahan pusat latihan serta Stadium Sultan Ibrahim sehinggalah kepada program akademi remaja yang bukan sahaja membentuk barisan pemain generasi berikutnya tetapi membawa Johor dan Malaysia sebagai masyarakat yang lebih berglobalisasi di rantau Asia.

Memaparkan kisah yang lebih dekat di belakang tabir, FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers turut membawa penonton kepada perjalanan epik yang menyaksikan kejayaan yang diraih JDT FC, menumpukan kepada kisah-kisah penting mengenai kelab yang antara paling dikagumi di rantau Asia.

Pemilik pasukan JDT FC dan DYAM Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkata, sesetengah pihak memandang rendah impian kami tetapi dalam siri eksklusif di sebalik tabir ini menunjukkan projek bola sepak di Johor – Johor Darul Ta’zim FC – tentang bagaimana ia terbentuk dan menjadi kuasa besar yang perlu diberi perhatian.

FEARLESS menampilkan rakaman yang belum pernah dilihat mengenai bagaimana Harimau Selatan menjadi sebuah empayar, perjuangan yang ditempuhi juga kejayaan, serta bagaimana kelab ini diuruskan di belakang tatapan umum dan iltizam kami yang ingin mencapai kejayaan, sama ada di dalam mahupun luar padang”, tegasnya.

Dirakamkan ketika musim 2019/20, FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers memaparkan bagaimana kelab yang mempunyai cita-cita besar ini membina legasi, politik dalam dunia bola sepak serta cabaran yang dihadapi pemain-pemain sama ada dalam atau luar padang menerusi perspektif daripada beberapa personaliti dalam pasukan JDT di samping kumpulan penyokong yang hebat iaitu “Boys of Straits”.

FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers diarahkan bersama oleh Leon Tan dan Tony Peitra Arjuna dan diterbitkan oleh Supernova Media yang berpangkalan di Kuala Lumpur serta menampilkan 5 episod berdurasi selama 22 minit dengan penceritaan dan sari kata dalam Bahasa Inggeris.

Sementara itu, Firma Pelaburan, Penerbitan dan Perlesenan IP Global, 108 Media yang berpangkalan di Singapura telah memperoleh hak penjualan antarabangsa bagi siri dokumentari yang pertama seumpamanya di rantau Asia dan mensasarkan urusniaga seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif 108 Media, Abhi Rastogi berkata, pihaknya amat mengagumi dengan nilai-nilai yang ditampilkan menerusi FEARLESS.

“Memberikan inspirasi, nilai naratif yang terhasil di sekeliling sukan ini dan kemampuannya untuk menyatukan seluruh rantau. 108 Media begitu teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di serata dunia dan memaparkan perwatakan yang ditampilkan oleh JDT serta bola sepak di Asia.” ujarnya yang memaklumkan menerusi pejabat antarabangsa di Amerika Utara, Asia dan Eropah, 108 Media telah memulakan penjualan siri ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: