Bola Sepak Semasa

TFC waspada semangat MU

E44D339A-9A3F-41A9-85DE-2E6E52968EC2

KEJAYAAN Melaka United (MU) menewaskan Perak, Jumaat lalu perlu diberikan perhatian serius barisan pemain Terengganu FC seandainya mereka ingin meneruskan rentak kemenangan.

Menewaskan Petaling Jaya City FC (PJFC) 2-0 dan Sabah (4-0) meletakkan skuad bimbingan Nafuzi Zain dikedudukan kedua Liga Super dengan hanya dibezakan tiga mata dengan JDT selaku peneraju liga.

Lantas aksi di Stadium Hang Jebat malam esok pastinya menghadirkan saingan sengit khususnya buat tuan rumah yang ingin meneruskan buruan tiga mata.

Bagi Nafuzi, barisan kejurulatihan TFC membuat persediaan sebelum liga bermula terutama dalam usaha untuk memperkemaskan barisan pertahanan kerana sebelum ini kita dapat lihat, kita antara pasukan yang menjaringkan gol yang banyak, tetapi kita juga adalah antara pasukan yang bolos banyak gol.

“Jika dilihat untuk dua perlawanan terakhir ini kita berjaya mengelakkan gawang dibolosi dan ini adalah perkara yang sangat positif.

“Selepas ini kita bakal bertemu pasukan Melaka United, saya tidak nafikan tuan rumah mempunyai pemain-pemain yang berkualiti dan lebih berpengalaman dari TFC termasuk pemain import mereka.

“Mereka berjaya menumpaskan Perak FA ditempat lawan dan semestinya mereka lebih selesa apabila beraksi di tempat sendiri apabila menentang pasukan kita nanti.

“Masih banyak yang kami perlu perbaiki dan perlu diperkemaskan untuk menghadapi tuan rumah,” ujarnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: