FOTO : UiTM FC Media
UiTM FC akan bermain bersungguh-sungguh dalam misi meraih tiga mata penuh menjelang Liga Super menentang Felda United di Stadium Jengka, Pahang, malam esok.
The Lion Troops kini mengutip empat mata selepas empat perlawanan sebelum saingan Liga Super ditangguhkan pada 18 Mac lalu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ekoran Covid-19.
“Semua pemain berada dalam keadaan baik dan sihat. Namun, Gustavo Almeida tidak dapat beraksi kerana kecederaan.
“Kami perlu mengumpul lebih banyak mata, dan ini adalah sasaran kami. Kami ke sana untuk menang,” kata jurulatih UiTM FC, Frank Bernhardt.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bas rasmi UiTM FC di Shah Alam hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan Presiden UiTM FC Prof Dr Azizan Abdullah, pengurus pasukan Mustaza Ahmad serta semua pemain.
“Cuma satu perkara, kami perlu bermain di atas padang tiruan. Ia agak kurang baik namun kami perlu menyesuaikan diri,” katanya lagi.
Add Comment