Antarabangsa Bola Sepak

Perancis sisih Pogba, diuji positif Covid-19

FB_IMG_1598537328914

BINTANG tengah Manchester United, Paul Pogba diketepikan dari skuad Perancis setelah diuji positif coronavirus yang mana perkembangan ini disahkan oleh Didier Deschamps.

Pemain berusia 27 tahun itu terpilih untuk membarisi skuad juara dunia untuk perlawanan yang akan datang menentang Croatia dan Sweden tetapi kini terpaksa dipertimbangkan untuk dipilih.

Bercakap pada sidang media selepas pengumuman skuad, Deschamps berkata:

“Namanya ada dalam skuad Les Bleus. Paul Pobga ada dalam senarai ini. Malang baginya, dia mengambil ujian semalam, yang kemudian positif. Jadi pada saat-saat akhir, saya harus menggantinya dengan Eduardo Camavinga”.

Pogba akan digantikan oleh pemain tengah Rennes, Camavinga, sementara rakan sepasukan antarabangsa yang beraksi untuk Tottenham Hotspur, Tanguy Ndombele juga tersisih.

Ini bermakna Pogba harus menghabiskan 14 hari secara berkurung – yang bermaksud dia akan terlepas permulaan persiapan pra-musim The Red Devils yang bermula minggu depan.

Namun, dia berkemungkinan dapat bermain dalam permainan pertama United musim Liga Perdana Inggeris 2020-2021, menentang Crystal Palace pada 19 September depan.

United bakal memulakan musim domestik mereka seminggu kemudian berbanding pasukan lain setelah mendapat rehat tambahan apabila terlibat pada kempen Liga Europa baru-baru ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: