Bola Sepak Terkini

Cheng Hoe tidak terkejut


Cheng Hoe menyifatkan Safawi sememangnya layak beraksi di pentas Eropah.

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ternyata tidak terkejut dengan penghijrahan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid yang akan berkelana ke kelab liga utama Portugal, Portimonense kerana sememangnya dia layak untuk menimba pengalaman dan melebarkan karier di pentas liga yang lebih tinggi.

Pernah menyimpan keyakinan suatu hari nanti Safawi pasti mendapat peluang berdasarkan kemahiran dan kebolehan dipamerkan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACL dan Harimau Malaya, semuanya ini menjadi kenyataan apabila pemain yang berkenaan menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT Martin Prest di laman Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Safawi juga mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya yang juga pemilik kelab untuk melebarkan sayap beraksi bersama kelab di wilayah Algarveh, Portugal itu.

Bagi Cheng Hoe, berita ini merupakan perkembangan terbaik buat pasukan kebangsaan kerana kita mahu dia beraksi di luar negara dan menimba pengalaman untuk dibawa dalam pasukan kebangsaan.

“Bermain dalam liga terbaik dunia seperti Portugal, kita tahu banyak lahirkan pemain bertaraf dunia seperti Cristiano Ronaldo pastinya memberikan motivasi buat dirinya dan pemain-pemain lain juga akan mengikuti jejak langkah Safawi.

“Saya percaya kelab tersebut telah mengikuti perkembangan Safawi bersama JDT khususnya dalam saingan ACL, apa yang saya lihat dari segi perkembangan atau permainannya sejak 2017 saya nampak kematangan dari masa ke semasa dan inilah masa terbaik buatnya berhijrah bermain liga lebih tinggi di Eropah.

“Saya tidak terkejut dan sentiasa percaya satu hari nanti dia akan dapat peluang main di liga yang lebih baik di luar negara seperti Luqman di Belgium dan Dominic Tan (Thailand). Keputusan ini memberikan imej baik buat Harimau Malaya kerana kita perlukan pemain seumpama ini untuk membantu pasukan kebangsaan,” jelasnya.

Pada masa sama, Cheng Hoe mahu Safawi segera menyesuaikan diri bersama pasukan kerana ini akan menambahkan semangat dan keyakinnya setiap kali bersama rakan sepasukan yang lain.

“Dari segi teknikal, fizikal, kemampuan dan kepantasan dia mempunyai semua ciri ini, mungkin kelab tersebut melihat kemampuan dia meledak gol. Dia perlu segera sesuaikan diri dengan budaya disana, latihan serta suasana.

“Corak latihan dan permainan di Portugal agak berlainan dengan Asia dan dari situ dia boleh belajar kerana saya percaya dia mempunyai kebijaksaaan sebagai pemain dan kita ciri-ciri itu,” jelasnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d