Sepak Takraw

Bomba Fighters sedia lakar kejutan


Mohammad Hamdan (empat,kanan) menerima jersi Bomba Fighters pada majlis memperkenalkan pasukan di Putrajaya, hari ini.

KALI pertama menyertai saingan Liga Divisyen 1 STL 2020, Bomba Fighters yang dibarisi jurulatih dan pemain dari anggota Bomba dan Penyelamat tidak melihat kehadiran mereka dalam saingan kali ini sebagai pelengkap jadual.

Dibarisi Mohamad Afiq Ramli dan Nasyrul Izzuan Tolos sebagai (apit kanan), Muhammad Muzammil Ramdzan dan Razman Raof sebagai (apit kiri), Yazmee Yazdan dan Irsyad Faiz Aziz sebagai (tekong) selain mendapat sentuhan Ahmad Mohd Zin sebagai Ketua Jurulatih yang juga merupakan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan membuktikan cabaran sengit yang bakal dijelmakan pasukan.

Ketua Pengarah JBPM , Dato’ Mohammad Hamdan Wahid berkata, walaupun pasukan tidak diletakkan penanda aras dalam kejohanan ini namun percaya mereka akan berusaha meraih keputusan positif.

“Ini kali pertama Bomba Fighters menyertai saingan Liga Divisyen 1 STL 2020, kita tidak letak sasaran yang tinggi bagi mereka namun dengan pengalaman jurulatih dan pemain mereka sudah tentunya akan tunjukkan kebolehan.

“Melihat ciri pasukan yang ada mungkin pasukan akan melakar kejutan, jangan pandang rendah pasukan bukan pilihan, seandainya berada dalam kelompok lima terbaik pun sudah bagus,” jelasnya bercakap kepada media selepas memperkenalkan pasukan  Bomba Fighters yang akan menyertai kejohanan Liga Sepak Takraw, di Putrajaya, semalam.

Untuk makluman, Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Tertinggi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang bersidang pada 9 Ogos 2020, telah sebulat suara bersetuju meluluskan permohonan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjadi AHLI BERSEKUTU PSM berkuatkuasa mulai 9 Ogos 2020.

Liga Divisyen 1 STL tahun 2020 yang menyaksikan 8 pasukan yang akan bertanding dimana pasukan Bomba Fighters telah diundi bersama tiga pasukan lain iaitu, Putrajaya Cybog, PSM Mavericks dan Kedah Eagles bakal berlangsung 9 hingga 13 September 2020 bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: