Antarabangsa Bola Sepak

Chelsea rekrut Malang Sarr


IMG_20200828_075557

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea tidak berhenti berbelanja pada musim panas ini.

The Blues baharu sahaja merekrut pemain terbaru mereka, Malang Sarr.

Chelsea memang cukup aktif sepanjang bursa perpindahan pemain kali ini.

Frank Lampard pula bertekad ingin mengembalikan semula kekuatan The Blues agar boleh menjadi pencabar gelaran yang serius musim depan.

Dalam kenyataan rasmi Chelsea FC, bek berusia 21 tahun itu rasmi bergabung dengan pasukan The Blues.

Dia dibawa masuk dari Nice berstatus pemain bebas dan mengikat kontrak selama lima tahun di Chelsea.

Namun, Chelsea mengesahkan pemain itu tidak akan beraksi untuk The Blues musim depan, kerana dia akan terlebih dahulu dipinjamkan ke kelab lain.

Pengarah Sukan Chelsea, Marina Granovskaia akui berpuas hati selepas berjaya mendapatkan Sarr.

Dia menilai pemain bek itu akan menjadi pelaburan yang bagus pada masa depan untuk Chelsea.

“Dia adalah bakat muda yang luar biasa dan kami akan memantau perkembangannya selama masa peminjamannya. Kami berharap dia boleh kembali secepat mungkin untuk memperkuat Chelsea,” ujarnya.

Menurut khabar angin yang berlegar-legar, Sarr kemungkinan akan melanjutkan karier di Jerman.

Ada beberapa kelab Bundesliga yang tertarik menggunakan khidmatnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: