Antarabangsa Bola Sepak

Portugal gamit Safawi Rasid


FB_IMG_1598371211629

BINTANG sensasi JDT, Safawi Rasid menerima tawaran dari kelab Portimonense SC yang beraksi di Liga Premier Portugal.

Perkembangan ini disahkan Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dalam entri terbaru Facebook rasmi Johor Southern Tigers sebentar tadi.

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya.

Jika perpindahan pemain berusia 23 ini menjadi kenyataan, pemain kelahiran Terengganu ini akan menjadi pemain kedua negara beraksi bersama pasukan divisyen 1 di Portugal selepas Nazmi Faiz Mansor.

Portimonense SC berada di kedudukan ke-17 dalam liga pada musim ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d