Bola Sepak

Peluang buat jurulatih muda kembang karier


Selepas membuka peluang buat Luqman Hakim ke luar negara kini Vincent Tan mahu jurulatih pula merebut peluang berkenaan.

TAIKUN terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Cardiff City bersedia membuka ruang dan kesempatan kepada jurulatih muda tempatan untuk mendapat tempat di Eropah.

Selepas membantu penyerang muda negara B19, Luqman Hakim Shamsudin mengikat kontrak lima tahun bersama kelab Belgium, KVK Kortrijk, Vincent Tan secara jelas bersedia membantu jurulatih tempatan asalkan mereka sanggup menerima tawaran gaji yang berpatutan.

Bagi Vincent Tan penglibatannya dalam bola sepak sebagai satu langkah drastik dengan menyifatkan pembelian  Cardiff City dilakukan dalam detik kegilaan.

“Cardiff pernah memberi kesempatan kepada pemain dari Selangor, Perak dan Kedah untuk menjalani latihan di sana. Kalau mereka minta tolong, saya sedia bantu.

“Peluang jurulatih muda juga ada, (itupun) kalau mereka sanggup tetapi jangan minta gaji terlalu tinggi.

“Di sana ada beberapa peringkat lesen kejurulatihan. Barangkali pada satu hari kelak mereka boleh menguruskan kelab  di luar negara dan kalau berpeluang, saya lebih suka jurulatih dari Malaysia untuk menguruskan Cardiff dan Kortrijk.

“Ia bagus untuk negara kita kerana saya dari Malaysia dan akan melakukannya kalau berpeluang mempromosikan negara sendiri, sebab itulah sudah 10 tahun Cardiff mempromosikan negara menerusi slogan ‘Visit Malaysia’,” jelasnya pada program  Bola@Mamak.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d