Antarabangsa Bola Sepak

Messi tekad tinggalkan Barcelona

IMG_20200826_102953
LIONEL Messi sekali lagi mencetuskan tanda tanya apabila ingin meninggalkan kelab Barcelona dengan perpindahan percuma musim panas ini.

Malah, Messi dilaporkan mahu menyertai Manchester City dan bergabung semula dengan Pep Guardiola.

Dalam pada itu, kelab gergasi Eropah seperti Manchester United, PSG, Inter Milan dan Juventus juga dilapor menunjukkan minat, lapor Daily Mail.

Pemain asal Argentina itu sepatutnya melaporkan diri untuk musim baru pada Ahad ini untuk menjalani saringan Covid-19.

Namun begitu, dia dikatakan tidak berniat bertemu dengan jurulatih baru, Ronald Koeman atau menghadiri sesi latihan pertama hari berikutnya.

Terbaharu, Messi telah meminta Barcelona untuk menerima klausa dalam kontraknya yang membolehkannya bebas pada musim panas ini.

Kelab ini kemudiannya mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu tersebut.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: