Antarabangsa Olahraga Pelbagai

Usain Bolt positif Covid-19, jalani tempoh berkurung

Screenshot_20200825_100824

USAIN Bolt diuji positif virus Covid-19 dan pelari pecut Jamaica itu kini sedang menjalani tempoh berkurung.

Bolt menghadiri pesta ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 22 Ogos lalu dan difahamkan tidak mengamalkan penjarakan fizikal ataupun memakai pelitup muka.

Pemain Manchester City, Raheem Sterling, dikhabarkan juga hadir dalam parti itu.

Selepas acara itu, Bolt melakukan swab test pada keesokan harinya.

Media tempatan Jamaica melaporkan ujian yang dilakukan menunjukkan pemilik tiga pingat emas Olimpik acara pecut 100 meter itu positif Covid-19.

“Selamat pagi semua, saya bangun pagi dan seperti biasa membelek media sosial dan berlegar info saya positif terkena Covid-19. Saya ikuti ujian pada Sabtu lalu kerana saya harus bekerja

“Saya harus untuk bertanggungjawab, jadi saya akan tinggal di rumah untuk kebaikan rakan-rakan dan saya juga tak bergejala.

“Saya akan mengasingkan diri dan menunggu pengesahan untuk melihat protokol kesihatannya, dan bagaimana saya seharusnya mengurungkan diri.

“Oleh kerana itu, untuk rakan saya, jika anda pernah ada kontak rapat dengan saya, maka anda sebaiknya berkurung juga, kekal tenang, dan untuk yang lainnya, tetap menjaga diri di luar sana,” tulis Usain Bolt yang dipetik di akaun Instagram.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: