Antarabangsa Bola Sepak

Suarez sanggup jadi pemain simpanan

IMG_20200825_081601

LUIS Suarez mengakui sanggup menjadi pemain simpanan demi untuk kekal di Barcelona.

Suarez dikhabarkan menjadi salah satu pemain yang bakal dijual Barcelona demi membawa masuk ‘darah muda’ pada musim 2020-2021.

Pemain asal Uruguay itu sebenarnya tiada masalah apabila kelab memutuskan dia akan dijual.

Namun, Suarez ternyata masih ingin terus bertahan bersama kelab yang sudah diwakilinya selama enam tahun terakhir itu.

“Saya setuju untuk menjadi pemain simpanan sepanjang karier saya.

“Saya tidak masalah menjadi pemain gantian dari bangku simpanan.

“Persaingan yang positif dan jika jurulatih fikir saya harus bermula dari bangku simpanan, tidak masalah dengan itu,” ujar Luis Suarez dilapor Marca.

IMG_20200825_081843

Bekas bintang Liverpool itu akui, dia akan memberikan sebaik yang mungkin sekiranya Barcelona mempertahankannya.

“Saya ingin bertahan. Selama masih boleh menyumbang, saya ingin terus bermain di sini.

“Saya dapat merasai sokongan daripada para peminat sejak pertama kal tiba dan itu memberikan kekuatan untuk tetap bermain di sini,” kata Suarez lagi.

Barcelona memang sedang melakukan rombakan besar-besaran selepas penampilan memalukan Blaugrana
sepanjang musim 2019-2020.

Kemuncaknya, Barcelona memecat jurulatih, Quique Setien dan menggantikan pengarah teknikal kelab, Eric Abidal susulan kegagalan mempertahankan gelaran Liga Sepanyol dan menelan kekalahan aib 2-8 kepada Bayern Muenchen di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Kerusi kejurulatihan kelab kini disandang oleh Ronald Koeman, manakala Ramon Planes dilantik sebagai pengarah teknikal kelab.

Bukan itu sahaja, Barcelona juga akan merombak skuad mereka.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, memberitahu, hanya lapan pemain yang tak akan dijual.

Pemain tersebut adalah Lionel Messi, Marc-Andre ter Stegen, Frenkie de Jong, Antoine Griezmann, Ousmane Dembele, Ansu Fati, Clement Lenglet dan Nelson Semedo.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: